Nadi X Tiny Techies – Program Mentor Tiny Techies (Mahir | Mentor | Juara)
17 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 16 Mac 2025 – Ahad, bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari, Teras Lifelong Learning bagi NADI X Tiny Techies telah mengadakan Program Mentor Tiny Techies yang mensasarkan para peserta daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.
Diantara kandungan pembelajaran yang bakal para peserta dapati daripada program ini seperti:
1. Pemahaman teknikal dan peralatan yang digunakan untuk mengendalikan robot dengan cekap, menyelesaikan masalah serta membangunkan pemikiran kreatif dan logik.
2. Perkongsian dan strategi berdasarkan pengalaman dalam sesi mentor dan pertandingan-pertandingan robotic sebelum ini.
3. Motivasi sokongan & kolaborasi berpasukan
4. Sesi mentoring akan dibimbing oleh pensyarah-pensyarah daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Modul Program MENTOR dibangunkan untuk melahirkan JUARA NADI:
1. Pelajar akan dilatih untuk memberikan cabaran di pertandingan peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa
2. Pertandingan Robotik Sumo untuk pelajar Sekolah Rendah: Kemahiran mereka bentuk dan pengaturcaraan robot - menekankan aspek KBAT, Inovasi dan kreativiti
3. Pertandingan Inovasi untuk pelajar Sekolah Menengah: Menyelesaikan masalah atau mencipta sesuatu yang baharu menggunakan kemahiran dan reka bentuk FS4A untuk menghasilkan prototaip atau produk dengan tema tertentu.
Inisiatif ini akan dikendalikan oleh Makers@UIAM Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan juga mentor-mentor daripada UiTM. Semoga dengan kemudahan yang disediakan di NADI Sebandi Ulu sedikit sebanyak dapat memberi manfaat yang sewajarnya kepada komuniti terutama pelajar sekolah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: